Sunday 13 May 2012

OBJEKTIF


Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan I adalah untuk membolehkan murid:



1. Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.

2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.

3. Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

4. Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia teknologi yang maju.

5. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

6. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

7. Membuat kompos dan menanam sayuran jenis buah.

8. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

9. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang bercirikan k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

10. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

No comments:

Post a Comment